ENAKMEN 5 TAHUN 1996
ENAKMEN KETERANGAN MAHKAMAH SYARIAH (NEGERI PULAU PINANG) 1996
BAHAGIAN I - KERELEVANAN
BAB 2 - QARINAH
Peruntukan Am
Seksyen 11. Bila fakta boleh menjadi qarinah.
Fakta boleh menjadi
qarinah-
(a)
jika ianya tidak konsisten dengan sesuatu fakta persoalan atau fakta releven;
(b)
jika dengan sendirinya atau berhubungan dengan fakta lain, ia menjadikan wujudnya sesuatu fakta persoalan atau fakta releven itu amat mungkin atau amat tak mungkin.
MISALAN
(a)
Soalnya ialah sama ada A melakukan suatu jenayah di Georgetown pada suatu hari tertentu.
Fakta bahawa pada hari itu A berada di Ipoh adalah
qarinah
.
Fakta bahawa dengan masa berlakunya jenayah itu A berada jauh dari tempat di mana jenayah itu dilakukan, yang menjadikannya amat tak mungkin, walaupun tak mustahil, bahawa dia telah melakukan jenayah itu, adalah
qarinah
.
(b)
Soalnya ialah sama ada A telah melakukan suatu jenayah.
Hal keadaannya adalah rupa hingga menunjukkan bahawa jenayah itu pasti telah dilakukan sama ada oleh A, B, C atau D. Tiap-tiap fakta yang menunjukkan bahawa jenayah itu tak mungkin telah dilakukan oleh seseorang lain dan bahawa ia tidak dilakukan sama ada oleh B, C atau D adalah
qarinah
.
Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.