ENAKMEN 4 TAHUN 2004
ENAKMEN PENTADBIRAN AGAMA ISLAM (PERAK) 2004

BAHAGIAN III - PELANTIKAN MUFTI, KUASA DALAM HAL EHWAL AGAMA, JAWATANKUASA FATWA DAN FATWA YANG BERHUBUNGAN DENGAN KEPENTINGAN NASIONAL



Seksyen 39. Pindaan, ubahsuaian atau pembatalan fatwa.

(1) Jawatankuasa Fatwa boleh meminda, mengubah suai atau membatalkan mana-mana fatwa yang telah disiarkan dalam Warta di bawah Enakmen ini atau di bawah Enakmen terdahulu.

(2) Sesuatu pindaan, ubahsuaian atau pembatalan sesuatu fatwa hendaklah disifatkan sebagai suatu fatwa dan peruntukan seksyen 37, kecuali subseksyen 37(7), hendaklah terpakai baginya.

(3) Sesuatu pindaan, ubahsuaian atau pembatalan sesuatu fatwa yang disiarkan dalam Warta hendaklah disertakan dengan pernyataan bahawa fatwa itu dibuat di bawah subseksyen (1).




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.