ENAKMEN 3 TAHUN 1995
ENAKMEN KESALAHAN JENAYAH SYARIAH 1995

BAHAGIAN III - SUBAHAT



Seksyen 47. Menyembunyikan rancangan hendak melakukan kesalahan yang boleh diseksa dengan penjara.

Barang siapa, yang bermaksud hendak menyenangkan, atau yang ketahui mungkin bahawa ia akan dengan jalan demikian itu menyenangkan, berlakunya sesuatu kesalahan yang boleh diseksa dengan penjara, dengan sengaja menyembunyikan dengan apa-apa perbuatan atau apa-apa ketinggalan yang menyalahi undang-undang, adanya suatu rancangan hendak melakukan kesalahan itu, atau dengan sengaja membuat apa-apa representasi yang ia ketahui sebagai palsu berkenaan dengan rancangan itu, hendaklah, jika kesalahan itu dilakukan, diseksa dengan penjara yang ada diperuntukkan bagi kesalahan itu selama tempoh yang boleh sampai seperlapan daripada tempoh penjara itu yang lama sekali, atau dengan denda, sebagaimana yang ada diperuntukkan bagi kesalahan itu, atau dengan kedua-duanya.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.