ENAKMEN 6 TAHUN 2004
ENAKMEN KELUARGA ISLAM (PERAK) 2004

BAHAGIAN VI - NAFKAH ISTERI, ANAK DAN LAIN-LAIN



Seksyen 75. Kuasa Mahkamah untuk memerintahkan cagaran bagi nafkah seseorang anak

(1) Mahkamah boleh, apabila memerintahkan pembayaran nafkah untuk manfaat seseorang anak, memerintahkan orang yang bertanggungan membayar nafkah itu supaya memberi cagaran bagi kesemua atau mana-mana bahagian daripadanya dengan meletakhakkan apa-apa harta pada pemegang-pemegang amanah dengan amanah supaya membayar nafkah itu atau sebahagiannya daripada pendapatan harta itu.

(2) Kegagalan mematuhi perintah yang menghendaki orang yang bertanggungan membayar nafkah itu meletakhakkan apa-apa harta pada pemegang amanah bagi maksud subseksyen (1) boleh dikenakan hukuman sebagai suatu penghinaan Mahkamah.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.