ENAKMEN 4 TAHUN 1996
ENAKMEN ACARA JENAYAH SYARIAH (NEGERI PULAU PINANG) 1996

BAHAGIAN VII - PERUNTUKAN TAMBAHAN
BAB 6 - PELUPUSAN EXHIBIT DAN HARTA YANG MENJADI HAL PERKARA KESALAHAN



Seksyen 201. Mahkamah hendaklah menimbang cara melupuskan exhibit.

(1) Apabila tamat mana-mana prosiding, di bawah Enakmen ini, Mahkamah hendaklah menirnbangkan cara mana exhibit patut dilupuskan dan boleh membuat apa-apa perintah untuk maksud itu.

(2) Sekiranya Mahkamah tidak membuat apa-apa perintah untuk melupuskan exhibit itu, exhibit itu hendaklah diberikan kepada Pendakwa yang ditugaskan dengan prosiding itu dan dia boleh diuruskan oleh Pendakwa itu mengikut peruntukan Bab ini seolah-olah Mahkamah telah membuat perintah- perintah sedemikian:

Dengan syarat bahawa jika Pendakwa pada bila-bila masa meragui tentang cara yang wajar untuk melupuskan mana-mana exhibit, atau sekiranya mana-mana orang menuntut supaya diserahkan kepadanya mana-mana exhibit dan pendakwa enggan menyerahkannya, Pendakwa atau orang tersebut boleh membuat permohonan kepada Mahkamah yang memutuskan kes itu dan Mahkamah hendaklah membuat perintah berkaitan dengan pelupusan exhibit itu sebagaimana yang difikirkan wajar.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.