ENAKMEN 4 TAHUN 2004
ENAKMEN PENTADBIRAN AGAMA ISLAM (PERAK) 2004

BAHAGIAN II - MAJLIS AGAMA ISLAM DAN 'ADAT MELAYU PERAK



Seksyen 26. Tindakan dalam hal yang perlu disegerakan.

(1) Dalam apa-apa hal yang perlu disegerakan, Yang Dipertua boleh melakukan atau mengarahkan supaya dilakukan bagi pihak Majlis apa-apa tindakan atau perkara yang boleh dilakukan dengan sah melalui ketetapan Majlis.

(2) Jika apa-apa tindakan atau perkara dilakukan menurut subseksyen (1), suatu mesyuarat Majlis hendaklah diadakan dalam masa tujuh hari selepas itu bagi maksud meratifikasikan dan mengesahkan tindakan atau perkara yang dilakukan itu, dan jika Majlis enggan meratifikasikan dan mengesahkan tindakan atau perkara yang dilakukan itu, Duli Yang Maha Mulia Sultan boleh memberikan apa-apa perintah berkenaan dengannya sebagaimana yang difikirkan patut oleh Baginda.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.