ENAKMEN 5 TAHUN 1993
ENAKMEN PROSEDUR MAL MAHKAMAH SYARIAH 1991

BAHAGIAN I - PERMULAAN



Seksyen 2. Tafsiran.

(1) Dalam Enakmen ini, melainkan jika kandungan ayatnya menghendaki makna yang lain:

"bailif" termasuklah Pendaftar atau mana-mana pegawai Mahkamah yang menjalankan tugas bailif;

"garnishee" ialah pihak ketiga yang memegang harta alih penghutang hukuman;

"lien" ertinya hak ke atas harta kepunyaan penghutang hukuman setakat jumlah yang terhutang;

"Mahkamah" mempunyai erti yang sama yang diberi kepadanya dalam Enakmen Pentadbiran Mahkamah Syariah 1991;

"Negeri" ertinya Negeri Perlis;

"notis" ertinya notis bertulis melainkan Mahkamah dalam perkara lain memerintahkan sebaliknya;

"orang yang belum dewasa" ertinya orang yang belum mencapai umur 18 tahun.

"orang yang tidak berkeupayaan" termasuk orang yang belum dewasa dan orang yang tidak siuman dan orang yang ditegah menguruskan hartanya.

"Peguam Syarie" mempunyai erti yang sama yang diberi kepadanya dalam Enakmen Pentadbiran Mahkamah Syariah 1991;

"Pendaftar" mempunyai erti yang sama yang diberi kepadanya dalam Enakmen Pentadbiran Mahkamah Syariah 1991;

"prosiding" termasuklah permohonan dan tuntutan;

"Kadi" mempunyai erti yang sama yang diberi kepadanya dalam Enakmen Pentadbiran Mahkamah Syariah 1991 dan termasuklah Kadi Besar;

"Kadi Besar" mempunyai erti yang sama yang diberi kepadanya dalam Enakmen Pentadbiran Mahkamah Syariah 1991;

"terjemahan yang diperakukan" ertinya terjemahan sesuatu dokumen yang diperakukan betul oleh Mahkamah;





Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.