ENAKMEN 7 TAHUN 2002
ENAKMEN PENTADBIRAN AGAMA ISLAM (NEGERI MELAKA) 2002

BAHAGIAN IX - MEMELUK AGAMA ISLAM



Seksyen 103. Kesalahan memberikan maklumat palsu.

Mana-mana orang yang, dalam sesuatu permohonan untuk pendaftaran di bawah seksyen 99, atau sebagai jawapan kepada apa-apa permintaan untuk mendapatkan maklumat atau keterangan yang dibuat oleh Pendaftar di bawah seksyen itu, dengan sengaja memberi Pendaftar apa-apa maklumat atau keterangan yang palsu atau yang mengelirukan melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi satu ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.