ENAKMEN 8 TAHUN 2002
ENAKMEN TATACARA JENAYAH SYARIAH 2002

BAHAGIAN VI - DARIHAL RAYUAN DAN PENYEMAKAN
BAB 2 - DARIHAL RAYUAN KEPADA MAHKAMAH RAYUAN SYARIAH



Seksyen 159. Apabila rayuan dibuat terhadap pembebasan, tertuduh boleh ditangkap

Jika suatu rayuan dikemukakan terhadap sesuatu pembebasan, Mahkamah Rayuan Syariah boleh mengeluarkan waran yang mengarahkan supaya tertuduh ditangkap dan dibawa ke hadapannya dan boleh memerintahkan dia ditahan di penjara sementara menanti rayuan itu dibereskan atau membenarkan dia mengikat jamin.




Copyright PNMB-LawNet. All rights reserved.