BAHAGIAN IV - PROSIDING PENDAKWAAN BAB X - PERBICARAAN
(3) Mahkamah boleh, sebagai tambahan kepada hukuman itu, memerintahkan pesalah itu membayar pampasan atas kecederaan atau kehilangan atau membayar kos prosiding itu sebagaimana yang difikirkan munasabah atau membayar kedua-dua pampasan dan kos tersebut.
(4) Jika Mahkamah berpuashati dengan maklumat yang diberi dengan jalan sumpah bahawa pesalah itu gagal mematuhi sebarang syarat bonnya itu maka bolehlah dikeluarkan waran untuk menangkap pesalah itu. (5) Mana-mana pesalah yang ditangkap dengan waran tersebut itu, jika tidak dibawa segera ke hadapan Mahkamah yang berkuasa untuk menghukum pesalah itu, hendaklah dibawa ke hadapan Hakim yang mana boleh-