ENAKMEN 9 TAHUN 1983
ENAKMEN ACARA JENAYAH SYARIAH 1983

BAHAGIAN IV - PROSIDING DALAM PENDUAAN
BAB XVI - DARIHAL KEBEBASAN-KEBEBASAN ATAU SABITAN-SABITAN YANG DAHULU



Seksyen 138. Akuan dari pembebasan atau sabitan dahulu.


(1) Akuan dari satu pembebasan atau sabitan dahulu bolehlah dikemukakan sama ada secara lisan atau bertulis dan boleh di dalam bentuk atau bermaksud seperti berikut-

Yang dituduh berkata bahawa menurut seksyen 137 dari Enakmen Acara Jenayah Syariah 1983 dia adalah tidak bertanggung untuk dibicarakan.

(2) Akuan berkenaan boleh dikemukakan bersama dengan mana-mana akuan lain, tetapi persoalan yang ditimbulkan oleh akuan berkenaan hendaklah dibicarakan dan diselesaikan sebelum persoalan yang ditimbul oleh akuan lain itu dibicarakan.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.