ENAKMEN 5 TAHUN 1993
ENAKMEN PROSEDUR MAL MAHKAMAH SYARIAH 1991

BAHAGIAN XXI - SAMAN PENGHUTANG PENGHAKIMAN, WARAN TANGKAP DAN LAIN-LAIN



Seksyen 169. Tangkapan penghutang penghakiman.

(1) Permohonan untuk perintah tangkap hendaklah dibuat dalam kamar dan boleh dibuat secara sebelah pihak kecuali Mahkamah memerintah sebaliknya.

(2) Semua keterangan untuk menyokong mana-mana permohonan di bawah seksyen ini hendaklah melalui afidavit dan salinan-salinan afidavit itu hendaklah diserahkan kepada bailif bersama dengan perintah tangkap dan hendaklah disampaikan kepada defendan bersama dengan perintah itu.

(3) Suatu perintah tangkap hendaklah seperti dalam Borang 26 tetapi tidak boleh dilaksanakan sehingga plaintif telah membuat deposit dengan bailif.

(4) Tiap-tiap perintah itu hendaklah dicatatkan dengan alamat penyampaian pemiutang penghakiman.





Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.