ENAKMEN 3 TAHUN 1992
ENAKMEN JENAYAH (SYARIAH) 1992

BAHAGIAN V - PELBAGAI KESALAHAN BERHUBUNGAN DENGAN KEADILAN DAN KETENTERAMAN AWAM



Seksyen 42. Amil tidak menyerah pungutan.

(1) Mana-mana orang yang dilantik menjadi Amil di bawah undang-undang yang berkuatkuasa yang tidak menyerahkan pungutan sebagaimana yang dikehendaki oleh undang-undang atau peraturan mengenainya adalah melakukan suatu kesalahan dan hendaklah, apabila disabitkan, dikenakan hukuman denda tidak melebihi tiga ribu ringgit atau penjara selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.

(2) Sabitan di bawah seksyen ini hendaklah tidak berkuasa untuk menghapuskan liabiliti Amil tersebut kepada Baitulmal.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.