ENAKMEN 4 TAHUN 2001
ENAKMEN TATACARA MAL MAHKAMAH SYARIAH (TERENGGANU) 2001

BAHAGIAN XIII - PENYELESAIAN, PENARIKAN BALIK DAN PEMBERHENTIAN



Seksyen 95. Penarikan balik tuntutan.

Plaintif boleh, dengan kebenaran Mahkamah, pada bila-bila masa sebelum Penghakiman, menarik balik mana-mana prosiding keseluruhannya atau sebahagiannya dengan memberikan notis dalam Borang MS 19 kepada Mahkamah dan menyampaikan satu salinan notis itu kepada defendan.

(2) Jika plaintif menarik balik mana-mana prosiding di bawah subseksyen (1), defendan adalah berhak mendapat kos prosiding itu.





Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.