ENAKMEN 3 TAHUN 1992
ENAKMEN JENAYAH (SYARIAH) 1992

BAHAGIAN VI - KESALAHAN BERHUBUNGAN DENGAN MARUAH DIRI



Seksyen 47. Melacurkan isteri atau anak.

(1) Seseorang suami yang melacurkan isterinya atau dengan sengaja membenarkan isterinya melacurkan dirinya adalah melakukan suatu kesalahan dan hendaklah, apabila disabitkan, dikenakan hukuman denda tidak melebihi lima ribu ringgit atau penjara selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya dan boleh juga dikenakan sebat tidak lebih daripada enam kali.

(2) Seseorang ibu atau bapa atau penjaga yang melacurkan anaknya atau kanak-kanak di bawah jagaannya atau dengan sengaja membenarkan anaknya atau kanak-kanak di bawah jagaannya itu melacurkan diri adalah melakukan suatu kesalahan dan hendaklah, apabila disabitkan, dikenakan hukuman denda tidak melebihi lima ribu ringgit atau penjara selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya dan boleh juga dikenakan sebat tidak lebih daripada enam kali.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.