ENAKMEN 1 TAHUN 1984
ENAKMEN KELUARGA ISLAM 1979

BAHAGIAN III - PENDAFTARAN PERNIKAHAN



Seksyen 23. Pendaftaran pernikahan luar Negeri oleh orang yang bermastautin atau bermukim dalam Negeri ini.

(1) Jika seorang yang bermastautin atau bermukim dalam Negeri ini telah bernikah di luar negeri dengan sah mengikut Hukum Syarak dan pernikahan itu bukannya suatu pernikahan yang didaftarkan di bawah seksyen 18, orang itu hendaklah, dalam masa enam bulan selepas tarikh pernikahan itu, hadir di hadapan Pendaftar yang dilantik di bawah seksyen 20 (4) yang berhampiran sekali atau yang terdapat dengan mudah di luar negeri untuk mendaftarkan pernikahan itu dan pernikahan itu, setelah didaftarkan sedemikian, hendaklah disifatkan sebagai didaftarkan di bawah Enakmen ini melainkan jika Pendaftar tersebut tidak ada atau jika sebelum tamat tempoh enam bulan itu salah satu atau kedua-dua pihak kepada pernikahan itu kembali ke Negeri ini tanpa penikahan itu didaftarkan sedemikian di luar negeri salah satu atau kedua-dua pihak itu hendaklah hadir di hadapan mana-mana Pendaftar dalam Negeri ini untuk--
(2) Pendaftar boleh mengecualikan kehadiran satu daripada pihak kepada pernikahan itu jika ia berpuas hati bahawa ada sebab yang baik dan cukup bagi pihak itu tidak hadir dan dalam hal yang sedemikian catitan dalam Daftar Daerah hendaklah termasuk suatu pernyataan tentang sebab ketidakhadirannya.

(3) Selepas sahaja pendaftaran pernikahan itu dibuat di bawah seksyen ini dan selepas dijelaskan kepadanya bayaran yang ditetapkan Pendaftar hendaklah
--
(4) Jika pihak-pihak kepada pernikahan yang dikehendaki didaftarkan di bawah seksyen ini tidak membuat pemohonan pendaftaran dalam tempoh masa yang ditetapkan oleh seksyen-kecil (1), pernikahan itu boleh, atas permohonan kepada Pendaftar didaftarkan setelah dibayar apa-apa penalti yang ditetapkan.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.