ENAKMEN 5 TAHUN 2001
ENAKMEN TATACARA JENAYAH SYARIAH (TERENGGANU) 2001

BAHAGIAN VIII - AM



Seksyen 231. Kecualian.

(1) Semua peraturan, kaedah, perisytiharan, perintah, pemberitahuan, notis, borang, surat kebenaran atau pelantikan yang dikeluarkan atau dibuat di bawah atau menurut kuasa Enakmen terdahulu berhubung dengan perkara-perkara yang diperuntukan dalam Enakmen ini hendaklah terus berkuat kuasa, setakat yang tidak bertentangan dengan Enakmen ini, sehingga dibatalkan atau digantikan oleh peraturan-peraturan, kaedah-kaedah, perisytiharan, perintah, pemberitahuan, notis, borang, surat kebenaran, atau pelantikan yang dikeluarkan atau dibuat di bawah Enakmen ini.

(2) Jika mana-mana kes atau perkara belum selesai di hadapan mana-mana Mahkamah apabila mula berkuatkuasanya Enakmen ini, peruntukkan Enakmen ini hendaklah terpakai berkenaan dengan prosiding kes atau perkara itu setakat yang ia tidak menyebabkan ketakadilan





Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.