ENAKMEN 6 TAHUN 2004
ENAKMEN KELUARGA ISLAM (PERAK) 2004

BAHAGIAN IV - PENALTI DAN PERUNTUKAN PELBAGAI BERHUBUNG DENGAN AKAD NIKAH DAN PENDAFTARAN PERKAHWINAN



Seksyen 39. Mengakadnikahkan tanpa kuasa

Mana-mana orang yang mengakadnikahkan atau berbuat sesuatu yang berupa sebagai mengakadnikahkan sesuatu perkahwinan sedangkan dia tidak diberi kuasa di bawah Enakmen ini adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi dua ribu ringgit atau dipenjarkan selama tempoh tidak melebihi setahun atau kedua-duanya.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.