ENAKMEN 2 TAHUN 1996
ENAKMEN ACARA MAL MAHKAMAH SYARIAH 1996

BAHAGIAN X - PINDAAN



Seksyen 84. Cara pindaan.

Pindaan hendaklah dibuat dengan memfailkan satu salinan dokumen yang terpinda yang hendaklah menunjukkan pindaan yang dibuat, dan menyampaikannya kepada semua pihak lain dalam prosiding:

Dengan syarat bahawa, jika pindaan diperintahkan dalam masa perbicaraan atau pendengaran mana-mana tindakan atau prosiding, atau jika semua pihak hadir semasa pindaan itu dibuat, Mahkamah boleh atas budi bicaranya meminda dokumen dalam failnya, dan penyampaian kepada mana-mana pihak adalah tidak perlu.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.