ENAKMEN 3 TAHUN 1992
ENAKMEN PROSEDUR JENAYAH SYARIAH NEGERI SEMBILAN 1992

BAHAGIAN IV - PROSIDING DALAM PENDAKWAAN
BAB XIII - DARIHAL PENGHAKIMAN



Seksyen 122. Cara menyampaikan penghakiman.

Penghakiman bagi tiap-tiap perbicaraan dalam mana-mana Mahkamah hendaklah diumumkan di dalam Mahkamah terbuka, sama ada pada masa itu juga atau kemudiannya yang mana hendaklah diberitahu kepada pihak-pihak berkenaan atau Peguam Syarie mereka, dan yang dituduh itu hendaklah jika ianya dalam tahanan, dibawa ke hadapan Mahkamah atau, jika ianya tidak di dalam tahanan, hendaklah dikehendaki hadir untuk mendengar penghakiman itu disampaikan.





Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.