ENAKMEN 4 TAHUN 1996
ENAKMEN ACARA JENAYAH SYARIAH (NEGERI PULAU PINANG) 1996

BAHAGIAN VIII - PERKARA AM



Seksyen 215. Enggan menjawab soalan pegawai agama yang diberi kuasa menyoal.

Sesiapa sahaja, yang terikat di sisi undang-undang supaya menyatakan sesuatu yang benar kepada mana-mana pegawai agama mengenai sesuatu perkara, enggan menjawab apa-apa soalan yang dia diminta menjawab mengenai perkara itu oleh pegawai agama itu, pada menjalankan kuasanya disisi undang-undang, adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi dua ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.