ENAKMEN 7 TAHUN 1993
ENAKMEN PENTADBIRAN HAL EHWAL AGAMA ISLAM NEGERI PULAU PINANG

BAHAGIAN II - MAJLIS AGAMA ISLAM NEGERI PULAU PINANG



Seksyen 17. Memanggil mesyuarat.

(1) Semua mesyuarat Majlis hendaklah dipanggil oleh Setiausaha.

(2) Yang di-Pertua boleh pada bila-bila masa mengarahkan Setiausaha memanggil mesyuarat.

(3) Empat orang ahli Majlis boleh pada bila-bila masa dengan bertulis menghendaki Setiausaha memanggil mesyuarat Majlis dengan syarat mereka memberitahu Setiausaha tujuan mesyuarat itu dipanggil.

(4) Setiausaha hendaklah memanggil mesyuarat dalam tempoh empat belas hari dari tarikh terima arahan atau kehendak di bawah subseksyen (2) atau (3) atau jika Yang di-Pertua mengarahkan sedemikian, serta-merta sebaik sahaja menerima arahan atau kehendak tersebut.

(5) Sekurang-kurangnya tujuh hari notis bertulis hendaklah diberi mengenai mana-mana mesyuarat tetapi Yang di-Pertua bolehlah, jika dia fikir bahawa ada keperluan mendesak untuk memanggil sesuatu mesyuarat dengan notis yang lebih pendek, mengarah kehendak notis tujuh hari itu diketepikan.

(6) Notis mesyuarat boleh dihantar melalui pos kepada ahli dengan ditujukan kepada alamat tempat tinggalnya yang terakhir diketahui dan hendaklah dianggap telah diserahkan mengikut perjalanan biasa pos.

(7) Tiada notis mesyuarat diperlukan dalam hal ahli yang sedang berada di luar Malaysia.





Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.