ENAKMEN 8 TAHUN 1982
ENAKMEN PENTADBIRAN UGAMA ISLAM DAN ADAT RESAM MELAYU PAHANG 1982

BAHAGIAN IX - KESALAHAN



Seksyen 148. Persetubuhan di antara orang-orang yang telah bercerai.


(1) Mana-mana lelaki Islam, setelah sah menceraikan isterinya, bersekedudukan semula sebagai suami isteri dengan bekas isterinya itu dengan tidak melafazkan 'rujuk' yang sah adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila sabit bolehlah dihukum dengan didenda tidak lebih daripada lima ratus ringgit atau penjara tidak lebih daripada enam bulan atau kedua-duanya.

(2) Jika seorang bekas isteri itu tidak tahu yang ianya telah diceraikan semasa bermulanya bersekedudukan sebagai suami isteri itu maka si suami itu bolehlah dihukum dengan didenda tidak lebih daripada seribu ringgit atau penjara tidak lebih daripada enam bulan atau kedua-duanya.

(3) Mana-mana perempuan yang menjadi pasangan dalam kesalahan di bawah seksyen-kecil (1) dengan ketahuinya akan penceraian itu adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila sabit bolehlah dihukum dengan didenda tidak lebih daripada lima ratus ringgit atau penjara tidak lebih daripada enam bulan atau kedua-duanya.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.