ORDINAN 43 TAHUN 2001
ORDINAN UNDANG-UNDANG KELUARGA ISLAM, 2001

BAHAGIAN VI - NAFKAH ISTERI, ANAK DAN LAIN-LAIN



Seksyen 64. Lamanya tempoh perintah nafkah.

Kecuali jika sesuatu perintah nafkah dinyatakan sebagai selama suatu tempoh yang lebih singkat atau telah dibatalkan dan tertakluk kepada seksyen 65, sesuatu perintah nafkah hendaklah tamat apabila matinya orang yang kena membayar nafkah itu atau apabila matinya orang yang berhak menerima nafkah itu menurut perintah yang telah dibuat itu, mengikut mana satu yang lebih awal.




Copyright PNMB-LawNet. All rights reserved.