ENAKMEN 1 TAHUN 1984
ENAKMEN KELUARGA ISLAM 1979

BAHAGIAN VII - HADHANAH



Seksyen 91. Penjaga bagi anak yatim dsb.

Jika bapa dan datuk lelaki seorang anak telah mati tanpa melantik seorang penjaga melalui wasiat, mana-mana kadi, peghulu, pegawai polis yang berpangkat tidak rendah daripada sarjan, mana-mana orang yang menjaga anak itu atau mana-mana orang yang ada mempunyai kuasa-kuasa seorang pelindung di bawah Ordinan Kanak-kanak dan Orang-orang Muda 1947, boleh menyebabkan anak itu dibawa ke hadapan Mahkamah dan Mahkamah boleh melantik seorang penjaga sama ada bagi diri atau bagi harta anak itu, atau kedua-duanya.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.