ORDINAN 7 TAHUN 1991
ORDINAN ACARA MAL SYARIAH 1991

BAHAGIAN XXI - SAMAN PENGHUTANG PENGHAKIMAN



Seksyen 160. Saman penghutang penghakiman.

(1) Tertakluk kepada subseksyen (2) seorang pemiutang penghakiman boleh memanggil mana-mana orang yag boleh diperiksa di bawah Bahagian ini melalui saman (disebut sebagai saman penghutang penghakiman) mengikut borang yang ditetapkan. Saman ini hendaklah diserahkan ke atas dirinya tidak kurang daripada 5 hari genap sebelum hari yang ditetapkan untuk pendengaran kecuali jika Mahkamah memerintahkan sebaliknya.

(2) Dalam mana-mana kes di bawah seksyen 134, tiada saman penghutang penghakiman boleh dikeluarkan kecuali dengan izin yang diberi mengikut seksyen itu.





Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.