ENAKMEN 6 TAHUN 2004
ENAKMEN MAHKAMAH SYARIAH 2004

BAHAGIAN II - MAHKAMAH SYARIAH
Penubuhan dan Bidang Kuasa



Seksyen 22. Mahkamah terbuka.

(1) Semua perbicaraan dalam Mahkamah Syariah hendaklah, tertakluk kepada mana-mana undang-undang bertulis lain dan subseksyen (2), terbuka kepada orang ramai.

(2) Walau apapun subseksyen (1), Mahkamah Syariah boleh memerintahkan bahawa keseluruhan atau mana-mana bahagian daripada sesuatu perbicaraan diadakan dalam Mahkamah tertutup jika Mahkamah itu berpuas hati bahawa perbicaraan dalam Mahkamah tertutup adalah perlu atau suaimanfaat demi kepentingan keadilan, ketenteraman, keselamatan atau kesopanan.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.