ENAKMEN 1 TAHUN 1988
ENAKMEN UGAMA BUKAN ISLAM (KAWALAN PENGEMBANGAN DI KALANGAN ORANG ISLAM) 1988


Seksyen 7. Kesalahan menghantar atau menyerahkan terbitan-terbitan mengenai apa-apa ugama bukan Islam kepada orang berugama Islam.

(1) Seseorang adalah melakukan kesalahan jika dia---
apa-apa terbitan atau bahan iklan mengenai apa-apa ugama bukan Islam yang tidak diminta oleh penerima itu.

(2) Seseorang yang melakukan kesalahan di bawah seksyen kecil (1) boleh, apabila disabitkan, dikenakan penjara selama tempoh tidak melebihi tiga bulan atau denda tidak melebihi tiga ribu ringgit atau kedua-duanya sekali.

(3) Bagi maksud seksyen kecil (1), sesuatu terbitan yang dihantar kepada atau diserahkan di alamat seseorang hendaklah dianggap sebagai dihantar atau diserahkan kepada orang itu.

(4) Adalah tidak menjadi suatu pembelaan terhadap pertuduhan di bawah seksyen kecil (1) bahawa orang yang kepadanya terbitan yang berkenaan itu dihantar atau diserahkan telah membuat permintaan bagi mendapatkannya jika permintaan itu telah didorong oleh orang yang dipertuduh itu atau oleh mana-mana orang yang bertindak bagi pihak orang yang dituduh itu.

(5) Seksyen kecil (1) tidak terpakai bagi mana-mana pegawai atau pekerja Jabatan Pos yang menghantar atau menyerahkan apa-apa terbitan di dalam menjalankan tugas-tugas rasminya.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.