ENAKMEN 12 TAHUN 1993
ENAKMEN MAHKAMAH SYARIAH 1993

BAHAGIAN III - MAHKAMAH SYARIAH



Seksyen 6. Perlantikan Hakim Syariah.

(1) Ketua Hakim Syariah, Hakim Mahkamah Rayuan Syariah dan Hakim Mahkamah Tinggi Syariah hendaklah dilantik oleh Duli Yang Maha Mulia Sultan atas nasihat Majlis Mesyuarat Kerajaan.

(2) Seseorang itu adalah layak dilantik di bawah subseksyen (1) jika-

(3) Duli Yang Maha Mulia Sultan hendaklah mengurniakan Suratcara Perlantikan kepada seseorang yang dilantik di bawah seksyen ini.

(4) Semua perlantikan di bawah seksyen ini hendaklah diumumkan dalam
Warta.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.