ENAKMEN 4 TAHUN 1996
ENAKMEN ACARA JENAYAH SYARIAH (NEGERI PULAU PINANG) 1996

BAHAGIAN V - PROSIDING DALAM PENDAKWAAN
BAB 10 - PEMBEBASAN ATAU SABITAN YANG DAHULU



Seksyen 135. Pli pembebasan atau sabitan dahulu.

(1) Pli tentang sesuatu pembebasan atau sabitan dahulu bolehlah diutarakan sama ada secara lisan atau bertulis untuk menyatakan bahawa tertuduh berdasarkan seksyen 134 tidak boleh dibicarakan.

(2) Pli tersebut bolehlah dihujahkan bersama dengan pli yang lain, tetapi isu yang ditimbulkan oleh pli tersebut hendaklah dibicarakan dan diselesaikan sebelum isu-isu yang ditimbulkan oleh pli lain dibicarakan.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.