ENAKMEN 8 TAHUN 1982
ENAKMEN PENTADBIRAN UGAMA ISLAM DAN ADAT RESAM MELAYU PAHANG 1982

BAHAGIAN VII - PERKARA WANG



Seksyen 110. Pokok Wakaf dan Nazar Am.


(1) Tertakluk kepada peruntukan-peruntukan dalam seksyen-kecil (2) dan (3) harta modal dan harta benda yang dikenakan oleh wakaf dan nazar am yang sah tidak boleh dijadikan sebahagian daripada Kumpulanwang Khairat Am, akan tetapi hendaklah digunakan mengikut Wakaf atau Nazar Am dan dikelolakan sebagai Kumpulanwang yang berasingan.

(2) Jika disebabkan habis tempoh atau keadaan telah berubah, peruntukan-peruntukan mana-mana wakaf atau nazar am itu tidak boleh lagi dikuatkuasa dengan berfaedah maka Majlis hendaklah menyediakan satu rancangan bagaimana hendak menggunakan harta-harta benda yang terlibat itu dengan cara mengikut syarat-syarat yang hampir seumpamanya dengan syarat-syarat wakaf atau nazar am itu:

Dengan syarat Majlis boleh, dengan limpah perkenan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan, mengarahkan bagi harta-harta benda itu dicampurkan dan dijadikan sebagai sebahagian Kumpulanwang Khairat Am.

(3) Jika syarat-syarat bagi mana-mana wakaf atau nazar am tiada menentukan cara menggunakan harta-harta benda yang terlibat itu, atau tidak dapat ditetapkan apa cara ianya patut digunakan maka Majlis boleh mengarahkan bagi harta modal atau harta benda itu dicampurkan dan dijadikan sebagai sebahagian Kumpulanwang Khairat Am.

(4) Semua suratcara-suratcara yang mengujudkan, yang memberi keterangan atau yang ada kena mengena dengan mana-mana wakaf atau nazar am serta dengan surat-surat hakmilik atau lain-lain cagaran yang berkenaan dengannya hendaklah dipegang dan disimpan oleh Majlis.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.