ENAKMEN 6 TAHUN 1991
ENAKMEN KANUN PROSEDUR JENAYAH SYARIAH SELANGOR 1991

BAHAGIAN II - PERUNTUKAN-PERUNTUKAN AM MENGENAI MAHKAMAH JENAYAH
BAB IV
Saman



Seksyen 28. Bagaimana saman disampaikan.

(1) Saman hendaklah disampaikan ke diri orang yang disaman dengan menunjukkan kepadanya saman yang asal dan dengan menyerahkan atau memberikan kepadanya satu salinan saman itu yang telah dimeteraikan dengan meterai Mahkamah.

(2) Tiap-tiap orang yang telah diserahkan saman hendaklah jika diminta oleh pegawai penghantar menandatangani penerimaan salinan tersebut di bahagian belakang saman yang asal.

(3) Jika orang yang disaman tidak dijumpai setelah berusaha mencarinya saman bolehlah disampaikan dengan menyampaikan salinan untuknya kepada mana-mana ahli keluarganya yang dewasa atau kepada orang gajinya yang tinggal bersama dengannya.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.