ENAKMEN 1 TAHUN 1984
ENAKMEN KELUARGA ISLAM 1979

BAHAGIAN IX - PENALTI



Seksyen 117. Jadi murtad untuk membatalkan pernikahan.

Seorang yang berugama Islam yang tidak suka akan suami atau isterinya dan dengan perdayaan menjadikan dirinya murtad untuk membatalkan pernikahannya atau mengelakkan mana-mana peruntukan Enakmen ini adalah bersalah atas suatu kesalahan di bawah Enakmen ini dan boleh apabila dithabitkan, dikenakan penjara selama tempoh tidak melebihi enam bulan.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.