ENAKMEN 12 TAHUN 1986
ENAKMEN PENTADBIRAN HAL EHWAL AGAMA ISLAM 1986

BAHAGIAN VII - KESALAHAN-KESALAHAN



Seksyen 217. Mencetak, menerbit, mengedar, dan memiliki penerbitan haram.

(1) Barang siapa, tanpa apa-apa sebab yang sah, mencetak, menerbit, mengedar, atau ada dalam miliknya, sebarang buku, rekod atau pita rakaman bunyi, suratan, risalah, filem, rakaman video atau lain-lain bahan yang serupa, yang telah diisytiharkan di bawah seksyen 27 sebagai penerbitan haram adalah melakukan suatu kesalahan dan hendaklah dihukum denda tidak melebihi tiga ribu ringgit atau penjara tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya sekali.

(2) Mahkamah hendaklah memerintahkan supaya apa-apa buku, rekod atau pita rakaman bunyi, suratan, risalah, filem, rakaman video atau lain-lain bahan yang menjadi perkara kesalahan di bawah subseksyen (1) dimusnahkan atau dilupuskan dengan cara lain sebagaimana Mahkamah fikirkan patut.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.