ENAKMEN 2 TAHUN 1986
ENAKMEN PROSEDUR JENAYAH SYARIAH 1986

BAHAGIAN VI - PERUNTUKAN-PERUNTUKAN TAMBAHAN
BAB XX - DARIHAL JAMINAN



Seksyen 163. Bila seorang boleh dilepaskan atas jaminan.

(1) Apabila seseorang telah ditangkap atau ditahan tanpa waran oleh Pemeriksa Agama atau pegawai Polis atau hadir atau dibawa di hadapan Mahkamah dan dia sedia pada masa dia ditahan itu atau pada mana-mana peringkat pembicaraan sebelum Mahkamah itu memberi jaminan, maka orang itu hendaklah dilepaskan atas jaminan oleh Pemeriksa Agama atau Ketua Polis Balai atau oleh pegawai Polis atau oleh Mahkamah itu.

(2) Pemeriksa Agama atau pegawai polis atau Mahkamah itu, jika ia fikir patut, bolehlah sebagai ganti jaminan dari orang itu, melepaskannya apabila dia melaksanakan bon tanpa penjamin untuk kehadirannya seperti yang diperuntukkan kemudian daripada ini.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.