ENAKMEN 1 TAHUN 1984
ENAKMEN KELUARGA ISLAM 1979

BAHAGIAN I - PERMULAAN



Seksyen 1. Tajuk ringkas dan mula berkuatkuasa.

Enakmen ini bolehlah dinamakan Enakmen Keluarga Islam 1979 dan hendaklah mula berkuatkuasa pada tarikh yang ditetapkan oleh Duli Yang Maha Mulia Sultan melalui pemberitahu dalam Warta:

Dengan syarat bahawa Duli Yang Maha Mulia boleh dari semasa ke semasa menetapkan tarikh-tarikh yang berlainan melalui pemberitahu dalam
Warta bagi mula berkuatkuasanya peruntukan-peruntukan atau bahagian-bahagian Enakmen ini yang berlainan.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.