ENAKMEN 4 TAHUN 1994
ENAKMEN MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU KELANTAN 1994

BAHAGIAN II - MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU KELANTAN
MESYUARAT MAJLIS



Seksyen 28. Minit-minit mesyuarat.

(1) Setiausaha hendaklah menyimpan segala minit mesyuarat Majlis dan pada tiap-tiap mesyuarat minit mesyuarat yang lalu hendaklah dibaca dan disahkan tertakluk kepada apa-apa pindaan yang dibuat.

(2) Kecuali diarahkan sebaliknya oleh Majlis dalam kes-kes tertentu, minit hendaklah secara ringkas dan mengandungi keputusan dan perkara yang mustahak.

(3) Dengan seberapa segera selepas tiap-tiap mesyuarat Majlis, satu salinan minit hendaklah dipersembahkan kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Al-Sultan dan dikirim kepada semua ahli Majlis.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.