ENAKMEN 4 TAHUN 1992
ENAKMEN PENTADBIRAN UNDANG-UNDANG KELUARGA ISLAM 1991

BAHAGIAN IX - PENALTI



Seksyen 122. Perceraian di luar Mahkamah dan tanpa kebenaran Mahkamah.

Jika seseorang lelaki menceraikan isterinya dengan melafazkan talak dengan apa-apa bentuk di luar Mahkamah dan tanpa kebenaran Mahkamah itu maka ia adalah melakukan suatu kesalahan dan hendaklah dihukum denda tidak melebihi saturibu ringgit atau penjara tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.