ENAKMEN 3 TAHUN 1995
ENAKMEN KESALAHAN JENAYAH SYARIAH 1995

BAHAGIAN IV - KESALAHAN



Seksyen 51. Penerbitan agama yang berlawanan dengan Hukum Syarak.

Sesiapa yang mencetak, menerbit atau menyebarkan untuk tujuan jualan atau sebaliknya atau dengan cara lain atau sesiapa yang ada dalam miliknya mana-mana penerbitan agama memberi pengajaran atau bertujuan memberi pengajaran apa-apa perkara berlawanan dengan Hukum Syarak adalah bersalah atas suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, dikenakan hukuman denda tidak melebihi satu ribu ringgit atau penjara selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya dan semua penerbitan termasuk pita rakaman dan bungkusan hendaklah dirampas dan dimusnahkan sebagaimana diarah oleh Mahkamah.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.