ENAKMEN 5 TAHUN 2004
ENAKMEN MAJLIS UGAMA ISLAM NEGERI SABAH 2004

BAHAGIAN II - MAJLIS UGAMA ISLAM NEGERI SABAH



Seksyen 8. Kuasa untuk menubuhkan perbadanan

(1) Majlis boleh, dengan kelulusan Yang di-Pertua Negeri dari semasa ke semasa dengan perintah yang disiarkan dalam Warta menubuhkan perbadanan dengan apa-apa nama yang pada pendapat Majlis adalah sesuai untuk menjalankan dan dipertanggungjawabkan dengan, bertindak dan menguruskan apa-apa projek, skim atau pengusahaan yang telah dirancangkan atau dijalankan oleh Majlis dalam melaksanakan kewajipan-kewajipan atau kuasa-kuasanya di bawah seksyen 7.

(2) Apabila Majlis menubuhkan suatu perbadanan di bawah subseksyen (1), Majlis hendaklah, dengan kelulusan Yang di-Pertua Negeri, melalui perintah yang sama atau perintah yang lain membuat peruntukan berhubung dengan pertubuhan itu yang menetapkan -
(3) Peruntukan-peruntukan Jadual Kedua hendaklah terpakai bagi sesuatu perbadanan yang ditubuhkan oleh Majlis di bawah subseksyen (1).




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.