ENAKMEN 2 TAHUN 1992
ENAKMEN PENTADBIRAN AGAMA ISLAM 1992

BAHAGIAN I - PERMULAAN



Seksyen 1. Tajuk ringkas dan mula berkuatkuasa.

(1) Enakmen ini boleh dinamakan Enakmen Pentadbiran Agama Islam 1992.

(2) Enakmen ini hendaklah mula berkuatkuasa pada tarikh yang ditetapkan oleh Duli Yang Maha Mulia Sultan melalui pemberitahuan dalam Warta.

(3) Duli Yang Maha Mulia Sultan boleh menetapkan tarikh yang berlainan bagi berkuatkuasanya peruntukan-peruntukan yang berlainan dalam Enakmen ini.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.