ENAKMEN 3 TAHUN 1994
ENAKMEN KETERANGAN (MAHKAMAH SYARIAH) 1994

BAHAGIAN I - KERELEVANAN
BAB II - KERELEVANAN FAKTA
Pernyataan yang dibuat dalam Keadaan Khas



Seksyen 23. Kerelevanan catatan di dalam rekod awam yang dibuat pada menjalankan tugas.

Sesuatu catatan di dalam mana-mana buku, daftar atau rekod awam atau rasmi yang menyatakan sesuatu fakta persoalan atau fakta relevan yang dibuat oleh seseorang pengkhidmat awam pada menjalankan tugas rasminya atau oleh mana-mana orang lain pada menjalankan sesuatu tugas yang ditentukan dengan khasnya oleh undang-undang bagi negara di mana buku, daftar atau rekod itu diselenggarakan, adalah sendirinya suatu fakta relevan.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.