ENAKMEN 2 TAHUN 1996
ENAKMEN ACARA MAL MAHKAMAH SYARIAH 1996

BAHAGIAN VIII - PLIDING



Seksyen 68. Pembelaan kepada tuntutan balas.

(1) Jika mana-mana defendan menuntut balas, plaintif hendaklah, jika dia ingin membuat pembelaan kepada tuntutan balas itu, memfailkan dan menyebabkan supaya disampaikan kepada defendan suatu pembelaan kepada tuntutan balas itu dalam sesuatu masa tertentu sebagaimana yang diarahkan oleh Mahkamah.

(2) Jika plaintif gagal mematuhi peruntukan subseksyen (1), peruntukan seksyen 16 hendaklah terpakai seolah-olah dia adalah seorang defendan.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.