ENAKMEN 5 TAHUN 2004
ENAKMEN TATACARA JENAYAH SYARIAH (PERAK) 2004
BAHAGIAN VIII - AM
Seksyen 212. Pegawai agama yang mengingkari arahan undang-undang dengan niat hendak menyebabkan bencana kepada mana-mana orang
Barang siapa, yang menjadi pegawai agama, dengan disedarinya mengingkari apa-apa arahan undang-undang tentang cara bagaimana dia dikehendaki berkelakuan sebagai pegawai itu, dengan niat hendak menyebabkan, atau dengan mengetahui bahawa ada kemungkinan dia akan, dengan keingkaran itu, menyebabkan bencana kepada mana-mana orang melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi dua ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya.
Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.