ENAKMEN 5 TAHUN 1991
ENAKMEN PENTADBIRAN HUKUM SYARAK (NEGERI MELAKA) 1991

BAHAGIAN III - KEWANGAN
AKAUN



Seksyen 37. Wakaf dan nazr.


(1) Apabila selepas berkuatkuasanya Enakmen ini seseorang Islam meninggal dunia dalam keadaan menurut syarat-syarat Hukum Syarak, hartanya akan terserah hak, atau kena dibayar kepada Baitulmal, maka harta si mati itu, hendaklah menurut peruntukan-peruntukan tersebut terletak hak kepada Majlis dan tertakluk kepada subseksyen (2) seksyen 36 menjadi sebahagian daripada Baitulmal.

(2) Walau apa pun peruntukan yang berlawanan yang terkandung dalam mana-mana suratacara atau perisytiharan yang mewujudkan, mengawal atau menyentuh perkara itu, Majlis hendaklah menjadi pemegang amanah yang tunggal bagi semua wakaf sama ada wakaf am atau wakaf khas, semua nazr am, dan semua amanah daripada segala perihal yang mewujudkan apa-apa amanah khairat bagi menyokong dan memajukan agama Islam atau bagi kebajikan orang-orang Islam mengikut Hukum Syarak.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.