ENAKMEN 4 TAHUN 1992
ENAKMEN PENTADBIRAN UNDANG-UNDANG KELUARGA ISLAM 1991

BAHAGIAN VI - NAFKAH ISTERI, ANAK DAN LAIN-LAIN



Seksyen 65. Hak terhadap nafkah atau pemberian selepas perceraian.

(1) Hak bagi seseorang isteri yang telah bercerai untuk menerima nafkah daripada suaminya yang dahulu di bawah sesuatu perintah Mahkamah hendaklah terhenti apabila tamattempoh iddah atau apabila isteri itu nusyuz.

(2) Hak bagi seseorang isteri yang telah dicerai untuk menerima pemberian daripada bekas suaminya di bawah suatu perjanjian hendaklah terhenti apabila isteri itu berkahwin semula.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.