ENAKMEN 12 TAHUN 1986
ENAKMEN PENTADBIRAN HAL EHWAL AGAMA ISLAM 1986

BAHAGIAN IV - PERKARA-PERKARA KEWANGAN
Kumpulan Wang Majlis



Seksyen 140. Tanggungjawab Pentadbir Tanah Daerah.

Pentadbir Tanah Daerah adalah ditegah daripada membuat apa-apa perintah di bawah seksyen 346 atau 348 Kanun Tanah Negara [56/65] berhubung dengan mana-mana tanah yang menjadi sebahagian daripada harta pesaka seseorang Islam yang telah mati sehingga dia telah berpuas hati yang mana-mana bahagian harta pesaka itu yang terhak kepada Bait-ul-Mal telah diselesaikan atau Majlis telah membenar penangguhan atau penyelesaian seperti yang diperuntukkan dalam seksyen 141(2).




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.