ORDINAN 7 TAHUN 1991
ORDINAN ACARA MAL SYARIAH 1991

BAHAGIAN III - PIHAK-PIHAK



Seksyen 9. Perintah perwakilan.

Di mana terlalu ramai orang mempunyai kepentingan yang sama dalam mana-mana prosiding, Mahkamah boleh pada bila-bila masa memberi kuasa kepada salah seorang atau lebih dari mereka untuk bertindak bagi pihak semua orang itu, sama ada orang itu dinamakan sebagai pihak atau tidak:

Dengan syarat bahawa tidak seorang pun boleh terikat oleh mana-mana perintah kecuali-



Dengan syarat selanjutnya bahawa jika orang itu terlalu ramai atau sukar ditentukan Mahkamah boleh mengarahkan penyampaian perintah itu dengan suatu cara yang difikirkan sesuai.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.