ENAKMEN 2 TAHUN 1996
ENAKMEN ACARA MAL MAHKAMAH SYARIAH 1996

BAHAGIAN XXIV - PELBAGAI



Seksyen 232. Catatan keterangan oleh Mahkamah lain atas permintaan bertulis.

(1) Tertakluk kepada subseksyen (2) Hakim boleh, di dalam suatu prosiding yang belum selesai di hadapan Mahkamah lain, mengarnbil keterangan mana-mana pihak, saksi atau orang lain dan menerima apa-apa dokumen yang dikemukakan dalam prosiding itu.

(2) Kuasa Hakim di bawah subseksyen (1) hendaklah dijalankan jika terdapat suatu permintaan bertulis daripada Mahkamah yang dihadapannya prosiding itu belum selesai.

(3) Walau apa pun apa-apa peruntukan yang berlawanan, Mahkamah yang dihadapannya prosiding itu belum selesai boleh, atas usulnya sendiri atau atas permohonan mana-mana pihak dalam prosiding itu, meminta Mahkamah lain untuk mengambil keterangan daripada mana-mana pihak atau saksi dalam prosiding itu, jika Mahkamah berpuas hati bahawa saksi atau pihak itu tidak dapat hadir di Mahkamah itu kerana sebab-sebab yang munasabah atau jika kehadiran saksi atau pihak itu akan menyebabkan pihak yang memanggil saksi itu menanggung kos perbelanjaan yang berlebihan.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.