Tr. P.U. 4/2002
ENAKMEN KESALAHAN JENAYAH SYARIAH (HUDUD DAN QISAS) TERENGGANU 1423H/2002M

BAHAGIAN VIII



Seksyen 35. Qatlul-al-khata'

Sesiapa tanpa niat hendak menyebabkan kematian atau kecederaan telah menyebabkan kematian seseorang dengan melakukan suatu perbuatan yang tidak disangka boleh menyebabkan orang itu atau orang lain mati, atau dengan melakukan suatu perbuatan salah yang kemudiannya menjadi sebab kepada kematian orang itu, adalah melakukan qatlul-al-khata'.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.